Cerita Menarik

Pada suatu tengah hari, Sajidah keluar ke halaman rumahnya. Dia mahu berehat di atas buaian yang terletak di bawah sebatang pokok.


Sajidah berehat sambil membaca buku cerita.




Di tepi buaian itu terdapat sebuah baldi. Baldi itu terungkup di atas tanah. Baldi itu selalu digunakan oleh ibunya untuk menyiram pokok bunga.Tiba-tiba Sajidah sangat terkejut.




Baldi di tepi buaian itu bergerak-gerak. Baldi itu bergerak ke hadapan dan ke belakang. Kemudian, baldi itu terus bergerak lagi ke hadapanKemudian, baldi itu terus bergerak pula menuju ke arah Sajidah.




Apalagi! Sajidah terus melompat turun dari buaian. Dia menjerit-jerit ketakutan sambil berlari masuk ke dalam rumah."Tolong! Tolong!" Sajidah menjerit.




Bapa dan ibunya menerpa keluar.



"Kenapa?" bapanya bertanya"Baldi bergerak!" Sajidah memberitahu bapa dan ibunya. Dia masih ketakutan.




"Baldi bergerak?" bapanya berasa sangat hairan. Ibunya juga turut berasa hairanBapa dan ibu Sajidah terus pergi ke tempat buaian itu. Mereka melihat baldi itu memang sedang bergerak ke sana sini.




"Sungguh pelik! Bagaimana baldi ini boleh bergerak?" tanya ibu Sajidah. Dia juga turut berasa takut.Bapa Sajidah terus mengangkat baldi itu.




Rupa-rupanya di bawah baldi itu terdapat seekor anak kucing.

Bapa Sajidah ketawa berdekah-dekah. Sajidah dan ibunya turut tertawa.



Peristiwa itu sangat menggelikan hati mereka