Resipi

kek coklat

Bahan-Bahan:


5 biji telur ayam

1 ¼ butter

11 oz tepung gandum (diayak)

500 gm gula pasir (dikisar halus & diayak)

3oz serbuk coklat (diayak bersama tepung)





350 ml susu (susu segar)

2 camca teh esen vanila

1 camcateh soda bicarbonat (diayak bersama tepung

2 camcateh baking powder (diayak bersama tepung

Cara:

Pukul butter dan gula hingga kembang,

kemudian masukkan telur dan esen vanila, pukul hingga kembang lagi.



Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang selikan dengan susu segar.



Pukul hingga sebati, bakar dalam oven bersuhu 280°c & bakar hingga masak.

Tambahan:

Ia akan lebih sedap dimakan selepas kerana ia akan lebih lembap. Kandungan gula buleh dikurangkan sedikit untuk mengelakkan terlalu manis

 
kek coklat pudina
 
Bahan-Bahan:


283.5 gm mentega

283.5 gm gula halus

255 gm tepung gandum

7 biji telur sejuk, asingkan putih dan kuning 1 ½ camca teh serbuk penaik

1 camca teh pewarna hijau

1 camca teh esen pudina

1 camca sedang pes coklat/Emulco

1 camca sedang pes strawberi Emulco

Cara:

Pukul mentega hingga putih. Masukkan kuning telur. Pukul lagi. Pukul putih telur hingga naik. Masukkan gula halus dan adunan mentega. Pukul hingga sebati. Tepung gandum digaul bersama serbuk penaik. Masukkan tepung gandum. Kacau hingga rata. Masukkan esen pudina. Kacau lagi. Bahagi adunan kepada tiga bahagian. Satu bubuh pewarna hijau dan esen pudina, bahagian ke-2 bubuh pes coklat/Emulco dan bahagian ke-3 bubuh strawberi Emulco. Kacau hingga sebati. Bubuh 2 camca sedang adunan coklat ke dalam tin pembakar bulat berukuran 22.86 sm (9 inci) yang dilengserkan sedikit mentega. Kemudian bubuh lagi 2 camca sedang adunan strawberi dan akhir sekali 2 camca sedang adunan hijau. Selang-selikan adunan begini hingga habis. Bakar hingga masak.

Tambahan:

Jika membuat kek berlapis begini, seelok-eloknya gunakan tin pembakar bulat kerana loreknya cantik apabila dipotong

kek coklat delight
 
Bahan-Bahan:


85 gm coklat masakan

2 camca sedang air

5 biji telur ayam

110 gm gula halus

55 gm mentega cair

110 gm tepung Superfine

1 camca teh parutan kulit limau

½ camca teh serbuk penaik

½ camca teh esen vanila Bahan-bahan Frosting Coklat:

170 gm coklat masak

230 gm krim putar

2 camca sedang gula aising

2 camca sedang minyak jagung

Cara:

Panaskan coklat dan masukkan air. Kacau hingga coklat hancur. Sejukkan. Ayak tepung bersama serbuk penaik. Pukul telur hingga kembang. Masukkan gula sambil dikacau hingga pekat. Masukkan tepung, parutan kulit limau, mentega cair dan coklat cair. Kacau rata. Bahagi adunan dua bahagian. Bakar di dalam acuan bulat beralas kertas berukuran 17.78 sm yang dilengser sedikit mentega. Sejukkan. Sapu frosting coklat di atas kek dan hias mengikut suka.



Cara membuat Frosting Coklat:

Coklat dimasak bersama minyak jagung hingga cair. Krim putar dipukul hingga pekat. Masukkan gula aising dan coklat cair. Kacau hingga pekat.